USM Cipta Penjerap Minyak Dan Bahan Api Berasaskan Getah

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta sejenis bahan penjerap minyak sebagai satu kaedah untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar akibat tumpahan minyak.

Ketua kumpulan penyelidik itu Prof Hanafi Ismail berkata, bahan penjerap minyak yang dihasilkan daripada sisa buangan getah seperti tayar, tiub motosikal, sarung tangan getah, paip getah, kasut getah dan getah sekerap yang dikatakan tidak akan terurai atau susah untuk dilupuskan.

Katanya, penyelidikan selama lebih tiga tahun itu berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam industri kerana ia sangat reaktif dan mempunyai nilai kalori yang tinggi iaitu 40MJ/kg daripada arang batu yang hanya mengeluarkan 29MJ/kg.

"Inovasi yang dikenali sebagai 1 Plus 1 itu direka berbentuk serbuk, ringan dan dapat menyerap minyak lima kali ganda daripada berat asalnya disamping tidak menyerap air serta sentiasa terapung di atas permukaan air," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata ciptaan yang pertama dihasilkan di dunia itu adalah mudah dan murah kerana hanya menggunakan dua peralatan iaitu mesin penggiling pengulung dan alat penekan panas di samping dapat menyerap air atau minyak di atas permukaan lantai dan permukaaan air dengan hanya menaburkan serbuk berkenaan.

Hanafi berkata, minyak yang diserap itu juga boleh digunakan sebagai bahan api yang dikenali sebagai RubFuel dan mengandungi simpanan tenaga lebih besar menerusi proses pembakaran.

Katanya RubFuel boleh dibakar secara sendiri atau dicampurkan bersama bahan api pepejal seperti arang batu untuk digunakan di logi janakuasa untuk tujuan pemanasan atau penjanaan elektrik.

Kajian untuk mencipta penjerap itu bermula pada Ogos 2007 dengan menggunakan geran Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan geran insentif USM berjumlah RM3 juta dan telah dipatenkan di peringkat tempatan.

"Penjerap itu hanya menggunakan kos yang paling murah berbanding bahan penjerap secara komersial diperbuat daripada gentian organik dengan kos serendah RM12 sekilo manakala bahan api berasaskan getah (RubFuel) hanya RM10 sekilo," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan