148,500 TEMPAT UNTUK LEPASAN SPM ATAU SETARAF DI IPTA

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 148,500 tempat disediakan untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 469,500 tempat secara keseluruhan yang disediakan kepada mereka selain di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan peluang-peluang pendidikan lanjutan lain seperti ke Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, daripada jumlah 148,500 tempat itu, pengambilan asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan melibatkan 14,000 tempat, Diploma IPTA 34,000 tempat, Diploma Politeknik 51,000 tempat, Sijil di Kolej Komuniti 11,000 tempat manakala Sijil di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sebanyak 38,500 tempat.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Karnival Jom Masuk U kali ke-7 di Terengganu Trade Centre (TTC) baru-baru ini. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Khaled juga memberitahu, Karnival Jom Masuk U pada tahun ini buat pertama kalinya akan menawarkan program sijil dan sijil lanjutan. Ini berikutan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diberikan mandat untuk mengendalikan Pusat Pengambilan Setempat untuk program Sijil dan Sijil Lanjutan selain Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan oleh 27 Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau TEVT dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Dalam majlis itu juga, Khaled mengumumkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengarusperdanakan program pengajian diploma di IPTA sebagai salah satu usaha memperkasakan program diploma.

Dengan cara ini katanya, program diploma akan menjadi salah satu pilihan pelajar lulusan SPM atau setaraf dengannya bagi melanjutkan pengajian, menyediakaan feeder atau pembekal bagi melahirkan graduan kemahiran/teknikal di universiti-universiti teknikal selain memartabatkan program diploma dengan mendapat pengiktirafan daripada badan profesional dalam dan luar negara.

Selain itu, katanya beberapa cadangan pelaksanaan yang bersesuaian sedang dikaji antaranya memperkenalkan program-program baharu di IPTA dan juga Politeknik.

Khaled berharap dengan adanya program-program baharu yang mesra pasaran ini, minat pelajar semakin bertambah untuk memilih pengajian diploma.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan