Usahasama UniMAP - MAI Pelajari Teknologi Aeroangkasa

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalin kerjasama dengan Moscow Aviation Institute (MAI) bagi membolehkan universiti itu mempelajari teknologi aeroangkasa dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, meskipun UniMAP tidak mempunyai program pengajian khusus dalam bidang aeroangkasa, namun pihaknya melihat peluang yang luas untuk mempelajari teknologi terkini yang dimiliki oleh institut tersebut.

"Antara yang dipersetujui dalam perjanjian ini ialah pertukaran pelajar dan pensyarah selain penumpuan dalam bidang pembangunan teknologi dan penyelidikan," katanya hari ini.

Menurutnya, UniMAP dan MAI bersetuju untuk berkongsi kepakaran dalam bidang aeronatikal, mekanikal, elektronik dan rekabentuk produk serta pelbagai lagi bidang strategik yang boleh dimajukan.

Memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan kerjasama itu diadakan sempena lawatan kerja Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (ROTU) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia ke Moscow.

Delegasi itu turut melawat Bangkok dan Tashkent pada lawatan yang bermula 19 Jun lalu. UniMAP diwakili oleh Kamarudin manakala MAI diwakili oleh Rektornya, Prof. Dr Anatoliy N. Geraschenko menandatangani MoU itu dengan disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro-Canselor UniMAP.

Selain menyaksikan MoU itu Raja Muda Perlis turut berkenan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di institut itu.

Dalam pertemuan tersebut, baginda menasihati para pelajar itu menjaga nama baik diri sendiri, ibu bapa dan keluarga serta pada masa yang sama menjaga imej negara.

Baginda turut menitahkan pelajar-pelajar agar mengutamakan pelajaran dan meningkatkan kemahiran insaniah serta berfikir di luar kotak pemikiran normal agar lebih berdaya saing di pasaran kerja nanti.

Lebih 100 penuntut Malaysia sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai program pengajian di institut berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan