Barbeku Tarikan Kelab Rahman Putra

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mencari lokasi yang memiliki kepelbagaian menu untuk berbuka puasa?

Apa kata ke Kelab Rahman Putra yang terletak di Sungai Buloh, kira-kira 30 minit dari ibu negara.

Sesuai dengan tema 'Selera Aneka Rasa', bufet Ramadan di sini menjanjikan lebih 70 sajian Melayu, Cina, India termasuk timur dan barat.

Menawarkan kepelbagaian menu menarik, antara sajian yang menjadi tarikan di sini adalah kambing panggang, nasi briyani Hyderabad, ayam mentega Masala, ulam-ulaman dan kerabu.

Menurut Chef Eksekutifnya, Rosmadi Othman, bufet tahun ini tampil istimewa kerana menawarkan pelbagai sajian istimewa yang menyelerakan kepada pengunjung.

"Ramadan kali ini kita menyajikan pelbagai masakan agar pengunjung mempunyai pilihan juadah berbuka.

"Selain makanan Melayu kampung, kita juga menyediakan pilihan barbeku panjang di bahagian luar hotel di mana sate daging dan ayam, kambing panggang semua boleh didapati di situ," katanya.

Pelbagai menu utama lain turut menjadi tarikan pengunjung di sini setiap kali menjelang Ramadan.

Antaranya, daging goreng lada hitam, lala masak cili kering, gulai lemak sotong, kambing Roganjosh, peria goreng telur dengan udang kering dan sayur kailan goreng belacan.

Selain itu, pengat pisang abu, pasembur, rendang kambing, lemang, serunding ayam, dan bubur lambuk juga disediakan sebagai pilihan kepada pengunjung.

Di samping itu, terdapat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih-muih yang pasti membangkitkan selera pengunjung.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan