Wajik

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 12:30 AM

Wajik

(Ubah saiz teks)

RASANYA jika balik kampung dan berkunjung ke rumah atuk, nenak atau opah, tentunya wajik antara hidangan yang dinanti-nantikan. 

Mana tidaknya, hasil air tangan orang lama tentunya enak dan tiada tandingannya.
 
Bahan:

300 gm beras pulut

150 gm gula nisan

150 gm gula pasir

2 biji kelapa diparut

1 helai daun pandan

Secubit garam

Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)

Cara:

Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.

Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. 

Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. 

Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.

Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. 

Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.
Tags / Kata Kunci: wajik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan