Rendang Tok

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 4:00 PM

Rendang Tok

(Ubah saiz teks)

LEMANG dan ketupat tidak akan lengkap tanpa adanya rendang. Bagi orang Perak tentunya rendang tok yang menjadi kebanggaan terutama untuk dihidangkan pada Aidilfitri.

Rendang Tok

Bahan:
1 1/2 kg daging - dipotong dadu
3 liter santan
1 biji kelapa parut - jadikan kerisik, beberapa kepingan kelapa disangai
2 helai daun kunyit 
beberapa helai daun salam
3 batang serai - dititik
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan disangai - goreng tanpa minyak
11/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:
20 biji cili kering - direndam dulu
1 sudu teh lada hitam
10-15 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sm lengkuas
5 batang serai
5 sm halia
3 sm kunyit hidup
bahan yang disangai

Caranya:
Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar. Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu. Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
Kemudian masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. Hanya tambah air jika perlu. Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.
Tags / Kata Kunci: Rendang Tok

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan