RENDANG antara sajian istimewa dan wajib disediakan pada Hari Raya Aidilfitri. Terdapat pelbagai jenis rendang sama ada dibuat menggunakan ayam atau daging. Bagi penggemar ayam dan inginkan ia dimasak pedas, apa kata cuba resipi ini untuk dihidangkan kepada keluarga, sanak saudara dan teman anda. Bahan bahan: 2 ekor ayam 11 batang serai 5 helai daun kunyit - ketepi 1/3 untuk ditabur 1 inci halia Serbuk kunyit 1/2 inci lengkuas 8 biji bawang besar 15-20 ulas bawang merah 2 pek kecil cili boh - 1 mangkuk 1 kg Santan - Garam kasar 1 pek kerisik minyak Gula pasir (segenggam) 2 keping asam keping Cara cara: Kesemua bahan dihiris dan kemudian ditumbuk kasar menggunakan lesung batu. Panaskan air mendidih, masukkan ayam dalam 5 minit. Angkat dan tuang air. Masukkan ayam yang dicelur ke dalam kuali bersama bahan tumbuk dan cili boh. Masukkan santan. Bila mendidih dan hampir kering, masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus. Masak hingga pecah minyak. Bolehlah ditutup api.