Popiah Basah

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

POPIAH basah antara menu untuk berbuka puasa yang amat menyelerakan. Sajian ini sering di jual di pasar Ramadan. 

Popiah terdiri dari pelbagai jenis, antaranya Popiah Kering, Popiah Sambal Pedas, Popiah Tomyam, Popiah Nestum dan Popiah Serunding.

Di Malaysia, inti popiah diperbuat daripada beberapa bahan sayur-sayuran sebelum diisi sos untuk bersama udang kering sebagai penambah selera.

Bahan Utama:

Beberapa keping kulit popiah basah 


Bahan Inti:

50 gm tauge (dicelur)

50 gm lobak merah/wortel  (dihiris halus)

50 gm sengkuang/bengkuang (dihiris halus)

50 gm buah timun (dihiris halus)

50 gm kacang panjang (dihiris halus)

50 gm udang kering/ebi (dikisar)

1 biji bawang besar (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1 sudu makan sos tiram 

garam secukupnya 

minyak untuk menumis 


Bahan Sambal/Sos:

5 biji cili/cabai merah (dikisar/dihaluskan)

1 biji bawang besar (dikisar)

2 ulas/siung bawang putih (dikisar)

1 sudu makan kicap manis 

1 sudu makan cuka

garam & gula secukupnya

sedikit air

minyak untuk menumis 


Cara-cara: 

Untuk bahan inti; Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kemudian masukkan sos tiram. Aduk rata hingga naik bau.
Masukkan lobak merah, kacang panjang, tauge. Aduk rata. Kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

Untuk bahan sambal/sos; Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar, kicap manis, garam dan gula secukup rasa, dan tambahkan cuka & sedikit air, Aduk/kacau rata. Angkat, ketepikan.

Seterusnya, ambil kulit popiah, dan sapukan/oleskan dengan sedikit sambal/sos tadi dan letakkan bahan inti/isi bersama hirisan sengkuang dan timun.

Kemudian gulung dan kemas/rapikan.

Sedia untuk dihidangkan bersama sambal/sosnya.

Tags / Kata Kunci: popiah basah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan