Menu Iftar 'Lain Dari Yang Lain' Di Bandar Kinrara

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 1:00 AM

Pelbagai jenis minuman turut menjadi pilihan pengunjung. Antaranya air 'I Miss U' yang diperbuat daripada perahan citrus lemon, laici dan nata de coco. -Foto OH HING YEEN/THE STAR.

(Ubah saiz teks)

TAMPIL dengan identiti tersendiri, itulah yang dapat diperkatakan mengenai bazar Ramadan yang terletak Jalan BK 5A/1 in Bandar Kinrara.

Menurut seorang peniaga, Mior Amin pada kebiasaannya dia menjual kek dan pastri namun pada bulan puasa dia mencuba menu istimewa seperti, lasagna, spagheti, mac dan keju, enchiladas, dan chicken burrito.

"Saya memilih untuk menjual masakan Mexico dan Itali kerana ingin menjual sesuatu yang lain daripada yang lain," katanya. 

Bukan itu sahaja, Nazira Zahal Arif, turut menjual minuman yang lain daripada lain. 

Menjual minuman yang istimewa yang dipanggil 'I Miss You'. Minuman ini diperbuat daripada limau citrus, laici, dan nata de coco. 

"Saya berharap pelanggan akan 'merindui' minuman ini sebaik sahaja mereka cubanya," katanya. 

Mior satu-satunya peniaga yang menjual masakan Itali dan Mexico bersama ibu dan abang sulungnya di bazar ini. 

Selain itu, terdapat juga sebuah gerai yang menjual kambing panggang. M. Farid Fazlee yang ditemui ketika dia sedang sibuk memanggang daging kambingnya di atas arang. 

"Pada hari pertama, saya berjaya menjual satu ekor setengah kambing!," katanya. 

Secara purata, dia menjual seekor kambing dan pelanggan tetapnya akan kembali ke gerai beliau. 

Istimewanya di bazar ini, terdapat peniaga lama dan baru seperti Nordin Mohd Noor, yang menjual nasi tomato, nasi lemak dan ayam goreng yang mana dia telah berniaga di bazar berkenaan selama lima tahun. 

Ada juga peniaga yang menjual cendawan goreng. Menurut pembantu gerai, Ismail Tanggali, 26, antara perisa yang popular ialah, keju, selain barbeku, pedas, black pepper, ayam dan kari. 

Kentang putar antara makanan istimewa yang dijual di bazar ini. 

Seorang lagi peniaga, Fandi Idris, yang berasal dari Putatan, Sabah berkata dia telah menjual ayam panggang, pedal dan hati ayam sejak 10 tahun lalu di pasar tani. 

Terdapat juga beberapa peniaga yang menjual tepung pelita dan salah seorang pelanggannya ialah Nor Zizan Abdul Rahman, 46. 

"Selalunya saya memasak di rumah. Saya akan membeli pencuci mulut sahaja di sini," katanya. 

Antara menu lain yang dijual di bazar ini ialah, roti John, murtabak, satay dan pelbagai kuih-muih. 

Pada masa yang sama, terdapat juga pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dilihat meronda di kawasan bazar untuk menyemak lesen bagi memastikan peniaga mengikut peraturan. 

Jika anda ingin berkunjung ke bazar ini, pastikan anda pergi sebelum pukul 6 petang jika tidak anda akan terperangkap dalam kesesakan. 

Tags / Kata Kunci: masakan Itali , Mexico , kambing panggang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan