suria

Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam
MANISAN hadir dalam pelbagai bentuk dan biasannya ia dianggap sebagai pencuci mulut. Bagi yang berkunjung ke bufet Ramadan sepanjang bulan mulia ini, tentunya tidak ketinggalan merasai keenakkan menu yang dihidangkan.


Walaupun pelbagai resipi barat memenuhi bufet Ramadan, hidangan Melayu tetap tidak dilupakan seperti bubur pulut hitam yang mempunyai peminat tersendiri.


Bubur Pulut Hitam 

Bahan:
2 cawan beras pulut pulut - cuci bersih dan toskan airnya
1.2 liter air 
2 cawan gula Melaka yang telah dihancurkan / parut - boleh kurangkan jika tidak mahu manis
1 helai daun pandan - siat dan simpul
4 cawan santan pekat & sedikit garam

Cara:
Masukkan beras pulut bersama 1 liter air dan daun pandan ke dalam slow cooker. Kalau tak mahu guna slow cooker, gunalah periuk masak biasa. Biarkan hingga kembang atau pecah beras.Masukkan jagung krim dan gula Melaka.Sementara menanti bubur masak dan sebati, bolehlah sediakan kuah santan. Masak santan pekat bersama sedikit garam di atas api perlahan. Kacau sepanjang waktu supaya tidak pecah santan atau berkepala. Hidangkan Bubur Pulut Hitam dan tuangkan santan di atasnya.
Bubur Pulut Hitam

Artikel Sebelum

Pasta Sayur

Artikel Berikut

Ketam Ala Thai

Artikel Lain