Kampung Baru, Jalan Raja Alang Kekal Meriah Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 2:00 AM

Kepak ayam antara menu pilihan ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

SELAIN terkenal dengan bubur lambuk yang sentiasa dinanti-nantikan setiap kali menjelang bulan puasa, Kampung Baru, Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan kerana bazar Ramadan yang meriah.


Jalan Raja Alang misalnya adalah lokasi tumpuan ramai, termasuk orang kenamaan untuk membeli pelbagai juadah berbuka dari lauk pauk, kuih dan minuman.

Jadi, tidak hairanlah setiap tahun bazar di sini mendapat perhatian umat Islam dalam dan luar negara termasuk pelancong asing yang ingin merasai pengalaman ibadah puasa di negara ini.

Bagi pengunjung tetap ke bazar itu, pastinya gerai kepak ayam panggang dan kebab yang akan dituju.

Keistimewaan sos yang dihasilkan untuk memerap kepak ayam itu menjadikannya lazat.

Di bazar ini juga ada jualan kuih tradisional termasuk putu bambu yang makin digemari termasuk kanak-kanak.

Tidak lupa kesegaran air tebu tanpa perlu dicampur dengan air gula untuk menambah kemanisannya kerana ia sememangnya semulajadi.



Tags / Kata Kunci: Kampung Baru , Jalan Raja Alang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan