suria

Terpalit kontroversi gambar lucah remaja, pembaca berita veteran letak jawatan

Kesalahan seksual boleh meruntuhkan kerjaya seseorang. -Gambar hiasan

PENYAMPAI berita veteran Huw Edwards, 62, meletakkan jawatan daripada BBC atas "nasihat perubatan", kata stesen penyiaran itu.

"Huw Edwards hari ini telah meletak jawatan dan meninggalkan BBC.

"Selepas 40 tahun berkhidmat, dia menjelaskan keputusannya dibuat atas nasihat perubatan daripada doktornya," kata BBC dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, keputusan itu mungkin turut berkait dengan dakwaan yang mengatakan Edwards membayar seorang remaja lelaki untuk mendapatkan gambar lucah.

Pada Mei 2023, keluarga seorang lelaki tampil membuat aduan kepada BBC tentang perbuatan Edwards.

Dia mula digantung tugas pada Julai 2023.

Sepanjang tempoh itu, Edwards dikatakan mengalami tekanan mental sehingga dimasukkan ke hospital.

BBC kemudiannya meminta maaf kepada keluarga mangsa pada awal tahun ini kerana didakwa lambat memberi respon kepada aduan berkenaan. - Sky News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain