suria

Remaja melayang di udara selepas tercampak dari permainan di karnival

MUNCUL satu rakaman ngeri menunjukkan seorang remaja tercampak dan melayang keluar dari sebuah permainan yang sedang berpusing laju di sebuah karnival.

Dalam rakaman itu, permainan tersebut terus berputar laju walaupun mangsa, seorang remaja perempuan tergelincir dan tergantung sebelum akhirnya tercampak keluar.

Kanak-kanak dan pengunjung yang berada dekat dengannya dapat didengari menjerit kuat apabila mereka melihat gadis itu tergelincir tetapi permainan bergerak seperti biasa. Dia akhirnya tidak dibantu dan tercampak ke tanah.

Kejadian itu berlaku di Quito, ibu kota Ecuador, dalam satu karnival.


Paparan skrin rakaman berkenaan.

Identiti mangsa belum lagi didedahkan tetapi laporan The Sun yang memetik sumber menyatakan dia cedera di bahagian pinggul.

Karnival di mana insiden itu berlaku sedang dalam proses mendapatkan lesen untuk beroperasi.

Sejak kejadian itu, pemeriksaan rasmi dilakukan, menyebabkan karnival ditutup.

Sumber rasmi berkata pihak berkuasa menyiasat beberapa kemungkinan tentang punca insiden itu, termasuk kegagalan teknikal.

Mereka juga menyiasat kemungkinan berlakunya kesilapan manusia. -news.com.au

permainan, karnival, kemalangan

Artikel Lain