• Beberapa mayat pendaki di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi di Sabah.
  • Beberapa pendaki menyaksikan bongkah batu sebesar rumah.
  • Anggota bomba dan penyelamat berusaha untuk mengangkat bongkah batu yang menghempap beberapa pendaki di Gunung Kinabalu.
  • Penduduk tempatan menjalankan perniagaan seperti biasa di pasar tamu pekan Ranau.
  • Sebuah rumah di Taman Kinabalu retak akibat gempa bumi di Sabah pagi Jumaat lalu.
  • Keluarga terdekat malim gunung yang masih hilang berkumpul di Taman Kinabalu bagi mendapat berita terkini usaha pencarian orang hilang dalam tragedi gempa bumi di Sabah pada Jumaat lalu.
  • Gambar puncak Gunung Kinabalu yang dirakamkan dari kampung berhampiran.
  • Keadaan yang dirakamkan di atas puncak Gunung Kinabalu sebelum gempa bumi melanda Ranau.
  • Laluan pendaki turut terjejas susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau, awal pagi Jumaat lalu.
  • Malim Gunung Kinabalu membawa turun seorang kanak-kanak yang cedera. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
-fotoBERNAMA
  • Pasukan mencari dan menyelamat berusaha untuk membawa keluar mayat pendaki yang ditemui.
  • Antara barang milik pendaki yang dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Gunung Kinabalu.
  • Seorang murid perempuan dari Sekolah Rendah Tanjong Katong tidak dapat menahan perasaannya sejurus tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Sabtu.
  • 
Seorang kanak-kanak yang terselamat diusung oleh penduduk setempat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di Gunung Kinabalu.
  • 
Beberapa mangsa yang terselamat menerima rawatan di dalam sebuah ambulans semasa misi mencari dan menyelamat 130 pendaki yang terperangkap di Gunung Kinabalu dilakukan.