• Perjuangan politik berbeza tidak menghalang kemesraan antara Nik Abdul Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bersama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika pemimpin PAS itu masih sihat.
  • Muktamar PAS antara acara yang akan dihadiri Mursyidul Am parti itu ketika hayatnya.
  • Bekas Menteri Besar Kelantan menerima cenderahati berbentuk dinar emas sempena ulang tahun pentadbirannya yang ke 23.
  • Ceramah Mursyidul Am PAS sentiasa dinantikan ramai tanpa mengira waktu.
  • Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menziarahi Mursyidul Am PAS ketika dimasukkan ke Hospital USM Kubang Kerian.
  • Jenazah Allahyarham Nik Aziz selamat dikebumikan pada Jumaat di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut meluangkan masa bersama ribuan rakyat menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
  • Orang ramai tidak melepaskan peluang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
  • Beginilah suasana ribuan manusia yang sama-sama datang menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz di Pualau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
  • Jenazah Nik Aziz dibawa ke Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan untuk disembahyangkan. Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.40 malam Khamis akibat kanser prostat.
  • Suasana di kawasan kediaman Allahyarham Nik Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan yang dipenuhi orang ramai untuk menyaksikan jenazahnya.
  • Jenazah Nik Aziz disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham dikebumikan kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.
  • Jenazah Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dibawa ke Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu, untuk disembahyangkan pada Jumaat. Allahyarham meninggal dunia pada 9.40 malam Khamis akibat kanser prostat.

iklan