suria

[V] Ahmad Tarmimi terlewat 30 minit, terkilan tak dapat ziarah Hail Amir

PELAKON veteran Datuk Ahmad Tarmimi terkilan apabila tidak berkesempatan melawat rakan baiknya Allahyaraham Datuk Hail Amir semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.

Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Mohd Kamal, 74, memberitahu dia terlewat 30 minit sebelum arwah disahkan meninggal dunia pada petang Isnin.

"Saya dapat khabar tentang keadaannya dua hari lalu tapi tapi saya sibuk dan baru berkesempatan menziarahinya semalam.

tar 2

Tarmimi sempat bertemu arwah semasa puasa lalu.

"Tapi saya terlewat 30 minit sebelum dapat berita arwah sudah meninggal dunia. Itu yang buat saya terkilan sangat," katanya kepada mStar.

Hail disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.48 petang Isnin selepas seminggu dimasukkan ke HKL akibat batuk berterusan sebelum disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Kata Tarmimi dia akan merindui gurauan kasar bersama arwah selain menyifatkan Hail sebagai rakan yang baik dan mudah didekati.

"Selepas ini kami sudah tidak boleh bergurau kasar lagi... dia senang didekati dan seorang penyayang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gurauan ketika ziarah jadi kenangan DJ Dave, ralat tak sempat bantu Hail Amir pindah wad lebih selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia

"Puasa baru ini kami ada berjumpa... walaupun sudah berusia dan bawa hal masing-masing tapi kadang kala kami bertemu juga," kongsinya lagi.

Sementara itu, komposer Datuk Chuari Selamat menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang baik malah tidak pernah melupakan pencipta setiap lagu dendangannya.

Kata Chuari, dia sudah menulis hampir 100 buah lagu sejak album pertama arwah iaitu Wajah Kesayangan Hamba malah pelbagai kenangan kenangan tercipta sejak berkerjasama.

Clipboard01

Chuari anggap arwah seorang yang baik.

“Bagi saya, arwah adalah seorang penyanyi mudah menerima lirik yang saya tulis. Jadi, banyak kenangan bersama arwah, dia sangat mesra dan sentiasa ingat kepada kawan.

“Bila dalam majlis yang dia menyanyi, dia takkan lupa menyebut lagu itu ciptaan siapa kerana ada sesetengah penyanyi selalu lupa perkara itu. Jadi, itu antara kelebihan yang ada pada arwah,” kongsinya.

Menurut Chuari, arwah layak digelar sebagai seorang peghibur yang hebat memandangkan bakatnya tiada tandingan.

Jelasnya, Hail bukan sahaja mampu menyanyi dengan baik namun bakatnya dalam lakonan dan juga pernah menjadi penari suatu ketika dahulu.

sekiatar 1

Ahli kelurga dan rakan-rakan terdekat di sisi jenazah.

“Daripada segi lakonan sejak filem pertamanya, watak dibawakan arwah sangat baik dan memberi kesan kepada saya. Saya sangat terkesan dengan lakonannya.

“Saya rasa walaupun dia mula dengan penari sebelum menjadi penyanyi dan pelakon, dia boleh digelar seorang penghibur. Dia juga sangat menjaga hubungan dengan rakan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain