suria

Rambut pelajar lelaki kena ‘cantas’ dalam kelas! Cikgu kata padan muka, ada sebab tak boleh simpan panjang

Video tular seorang guru memotong rambut pelajarnya.

SETIAP sekolah mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan pelajarnya berdisiplin.

Antara aspek utama dalam peraturan sekolah termasuklah penampilan dan kekemasan diri pelajar.

Namun bagi pelajar lelaki khususnya, peraturan untuk tidak berambut panjang atau mewarnakannya seolah-olah begitu sukar untuk diikuti.

Peraturan di sekolah mempunyai sebabnya. -Gambar hiasan

Melalui satu hantaran tular di laman X, dikongsikan juga video pendek memaparkan seorang guru disiplin membuat pemeriksaan mengejut dan mengenakan hukuman ke atas pelajar yang melakukan kesalahan tersebut.

Menerusi video dipercayai dari Indonesia itu, dapat diperhatikan guru tersebut dengan wajah serius menggunting rambut pelajarnya, dipercayai kerana sudah terlalu panjang dan melebihi paras yang dibenarkan pihak sekolah.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya yang juga tenaga pengajar menjelaskan maksud tersirat di sebalik pendekatan yang dilihat agak ekstrem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tak jawab kertas soalan, cikgu tinggalkan komen ‘berkias’ dikata biadab... Disuruh berlembut beri teguran

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin tengok kawan-kawan bawa beg kasut, murid miskin nekad mencuri... Lepas dirotan guru disiplin ‘offer’ beli but bola Adidas!

"Tiada siapa kata rambut panjang akan mengganggu pelajaran. Dekat universiti ramai je yang berambut panjang tapi masih boleh belajar seperti biasa. Jadi mengapa harus berambut pendek di sekolah?

"Sebab apabila pelajar sekolah berambut panjang, ia akan nampak tidak kemas dan tidak terurus. Sangat tidak sesuai dengan imej seorang pelajar sekolah. Oleh itu dalam kes video ni, saya cakap padan muka dekat budak yang kena potong rambut tu.

"Ingat, pergi sekolah ni bukan untuk menimba ilmu semata-mata tapi membentuk jati diri pelajar juga. Perkara ni adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

"Lagi satu kalau kita perasan pattern, pelajar yang suka simpan rambut panjang ni biasanya budak kelas belakang. Budak kelas pandai rambut akan sentiasa kelihatan kemas dan pendek," jelasnya panjang lebar.

Bayangkan kalau rambut serabai lepas tu pergi berurusan dengan bos atau klien, kita yang tengok pun jadi serabut.

WARGA MAYA

Dalam pada itu, warga maya lain turut sama menyokong pandangan yang diutarakan guru berkenaan.

"Saya bersyukur dengan peraturan ketat yang dipraktikkan sekolah apabila berkaitan rambut. Kekemasan rambut ni sebenarnya diperlukan di mana-mana saja, walaupun mungkin tidak dikira satu peraturan di universiti mahupun pejabat.

"Bayangkan kalau rambut serabai lepas tu pergi berurusan dengan bos atau klien, kita yang tengok pun jadi serabut. Tak ke dah bermasalah di situ?

"Kalau nak tahu dalam buku peraturan sekolah pun ada sebut yang rambut tak boleh botak terus, sebab mirip dengan ideologi skinhead. Banyak benda yang kita boleh belajar sebenarnya," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain