suria

Paksa diri bekerja ketika demam, ini 3 risikonya!

Bekerja ketika sakit boleh melambatkan proses penyembuhan.

CUACA yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan kita lebih mudah terkena jangkitan selesema atau pun demam panas.

Pun begitu, kebanyakan daripada kita mengambil mudah perkara itu kerana merasakan ia tidak serius selain tidak mahu membebankan orang lain jika mengambil cuti sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Duduk terlalu lama jadikan tubuh anda ‘stor lemak’

Namun perlu diingat, perkara asas apabila sedang sakit adalah berehat di rumah namun ramai mengabaikannya.

Rata-rata bagi golongan dewasa, kita akan mengalami selesema atau demam sebanyak dua ke tiga kali seahun dan sekiranya anda tetap berdegil, berikut ada tiga perkara yang akan memberi kesan kepada tubuh anda.

1. Melambatkan proses penyembuhan

Apabila sakit kita akan mudah mengantuk ia disebabkan neuron di dalam otak 'mematikan' aktiviti dalam sel sistem saraf yang membantu anda bertenaga dan segar.

Tidur sebenarnya sangat membantu orang sakit untuk cepat pulih menurut Dr. David M. Raizen yang juga pakar dalam bidang neurologi dan neurobiologi.

Jadi jika anda tetap memaksa diri untuk bekerja ketika sakit, ia sekaligus melambatkan proses penyembuhan anda.

2. Kurang produktif

Terdapat perkataan untuk orang yang bekerja ketika sakit iaitu presenteeism yang bermaksud bekerja tetapi tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Sebuah jurnal dari Persatuan Perubatan Amerika melaporkan, produktiviti seseorang akan merundum ketika sedang sakit berbanding jika individu itu berehat di rumah.

3. Anda menyebarkan kuman!

Ini sudah pasti! Berehat di rumah bukan sahaja baik untuk proses pemulihan tetapi juga orang lain di sekitar anda.

Selesema boleh menular dengan mudah kepada orang lain. Mengambil cuti sakit bukan sahaja baik untuk diri sendiri tetapi orang di sekeliling anda!

Namun jika anda terpaksa dan 'gila' kerja, ingatlah jika bersin tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan dan sentiasa cuci tangan.

Selesema, Demam, Kuman, Produktif

Artikel Lain