suria

Busuk! 4 tip ini boleh bantu anda atasi masalah kaki berbau!

Penjagaan kaki sangat penting kerana ia mudah didekati kuman dan bakteria.

KAKI berbau busuk bukan perkara pelik terutamanya jika kita memakai kasut sepanjang hari. Cuaca yang panas dan peluh pada bahagian itu turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Ia bertambah teruk sekiranya kita memakai kasut yang lembab dan menyebabkan masalah itu berlarutan terutama jika tidak mencuci kaki dengan betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 petanda sudah tiba masanya anda perlu beli kasut baharu

Pakar penyakit berkaitan kaki, Joy Rowland memberitahu bau yang wujud itu disebabkan bakteria dan kuman yang terperangkap di bahagian kaki.

Masalah ini boleh diatasi sekiranya kita menjaga kebersihan kaki dan beberapa tip ini mungkin boleh membantu anda.

Merendam kaki dalam air garam epsom dan cuka boleh membantu menghilangkan bau kaki. 

1. Rendam kaki dalam larutan cuka & garam epsom

Ambil segengam garam epsom dan larutkan dalam bekas yang boleh memuatkan kedua-dua belah kaki anda. Guna air panas dan biarkan garam larut sekitar 10 ke 20 minit sebelum merendam kaki anda.

Kebaikan garam epsom ini ia mampu menarik kelembapan daripada kulit selain mematikan kuman dan bakteria.

Jika tiada garam epsom, anda juga boleh menggunakan cuka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Seperti garam epsom, cuka juga boleh membantu mematikan bakteria.

Namun bagi yang mengalami luka pada bahagian kaki, penggunaan cuka adalah tidak digalakkan.

Pastikan kaki dalam keadaan kering sebelum memakai kasut. 

2. Pastikan kaki kering

Ketika mandi sebaiknya gunakan kain atau loofah untuk menyental kaki serta celah-celah jari bagi memastikan kotoran dapat dibersihkan.

Bagaimanapun, anda perlu memastikan kaki anda kering dengan baik selepas mandi sebelum memakai stoking atau kasut. Ini kerana bakteria sukakan tempat yang lembap dan atas sebab itu kaki anda berbau.

3. Jaga kebersihan kasut

Sebaik-baiknya cuci kasut anda dengan kerap atau pun keluarkan bahagian tapak dalam kasut untuk dicuci kerana di situ adalah tempat membiaknya bakteria.

Labur sedikit wang untuk membeli barangan penjagaan kasut seperti semburan mematikan bakteria.

4. Deodorant kaki

Ada sesetengah individu sering berdepan situasi kaki berpeluh, tapi jangan bimbang kerana kini terdapat pelbagai produk deodorant kaki yang mampu mengatasi masalah itu.

Kaki, Busuk, Bakteria, Garam Epsom, Cuka

Artikel Lain