Malaysia Kaut Enam Emas Olahraga

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 8:25 PM

Mohd Hisham Khaironi menunjukkan pingat emas yang dimenanginya pada acara merejam lembing kategori lelaki.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara terus memperagakan aksi cemerlang setelah menambah enam lagi pingat emas pada hari keempat acara olahraga Sukan Para ASEAN (APG) KL2017  di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

Pencapaian tersebut menyaksikan Malaysia mengutip 29 pingat emas keseluruhan setelah mengutip 23 emas keseluruhan sejak acara olahraga membuka gelanggang pada Isnin lepas.

Tuaian emas Malaysia pada Khamis bermula menerusi pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2010, Mohd Hisham Khaironi yang memenangi acara merejam lembing lelaki F12/13 (masalah penglihatan) dengan jarak lontaran sejauh 49.98m.

Juara dunia, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli mempamerkan aksi memukau setelah melakukan lontaran sejauh 16.81m dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran), sekali gus memperbaharui rekod kejohanan miliknya iaitu 15.69m yang dicatat pada edisi 2014 di Myanmar.

Muhammad Hafiz Abu Bakar terus menceriakan kem negara apabila mempertahankan pingat emas dalam acara lempar cakera F36/37 (Cerebral Palsy) dengan kutipan 387 mata raza.

Jonathan Wong, yang membuat penampilan sulung pada APG KL 2017, menyumbang emas keempat dalam acara lompat jauh T11/12 (masalah penglihatan) dengan kutipan 929 mata raza sebelum Adderin Majurin meraih emas kelima menerusi kutipan 425 mata raza dalam acara lontar peluru lelaki F32/33/34.

Emas terakhir Malaysia hadir menerusi Doriah Poulus yang memenangi acara merejam lembing wanita F42/44 (kecacatan anggota) setelah mengumpul 760 mata raza.

Indonesia terus mengekalkan penguasaan mereka di tangga teratas walaupun hanya menambah empat pingat emas untuk mengumpul 35 pingat keseluruhan disusuli Thailand yang mengutip 18 emas keseluruhan untuk kekal di tangga ketiga. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Para Asean 2017

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan