Panjat Pokok Bagi Sokongan Rakan Sepasukan

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Juara Keirin Dunia Azizulhasni Awang sanggup memanjat pokok bagi memberikan sokongan padu kepada dua pelumba berbasikal wanita Ju Pha Som Net dan Nurul Shuhada Zainal yang bertanding dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita di Dataran Nilai di sini.

Gelagat “The Pocket Rocketman” itu menarik perhatian orang ramai yang hadir memberi sokongan  kepada pasukan negara, sehingga ada dalam kalangan mereka menggunakan peluang mengambil gambar Azizul yang berdiri di atas pokok.

Turut tidak melepaskan peluang merakamkan detik berkenaan ialah rakan sepasukan seperti Fatehah Mustapa dan penyumbang pingat emas negara acara Ujian Masa Berpasukan Lelaki Muhammad Ammer Ahmad Kamal.

Pasukan negara menerima sorakan dan tepukan gemuruh sebaik sahaja melintasi garisan penamat perlumbaan .  Bagaimanapun, pemenang pingat emas, perak dan gangsa pada acara ini ditentukan menerusi photo finish.

Dalam acara itu, Ju Pha, 24, menamatkan saingan 101.5 kilometer itu dengan catatan masa 3 jam 14 minit dan 16 saat (3:14:16) di belakang juara bertahan daripada Vietnam Nguyen Thi That, 24, yang meraih emas acara itu, yang turut merekodkan masa yang sama.

Ju Pha ketinggalan satu tayar di belakang Thi That, yang juga pemenang pingat emas  ketika sampai di garisan penamat.

Pelumba daripada Indonesia  Priatna Ayustina Delia yang turut merekodkan masa yang sama iaitu 3:14:16 terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk meraih gangsa.-- Bernama   



Tags / Kata Kunci: Azizulhasni , Sukan SEA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan