Irfan Hadiahkan Emas Pertama Olahraga

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 5:43 PM

Muhammad Irfan Sham meraikan kemenangan dalam acara lontar cakera lelaki Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menepati ramalan untuk mempertahankan pingat emas, sekali gus menghadiahkan emas pertama olahraga Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional pada Selasa.

Walaupun kecewa tidak dapat memecahkan rekod Sukan SEA dengan melakukan catatan peribadinya akibat kecederaan, atlet berusia 22 tahun itu berpuas hati dengan lemparan sejauh 58.36m pada percubaan ketiga untuk mempertahankan emas yang diperolehnya pada edisi 2015 di Singapura dan 2013 di Myanmar.

Atlet berusia 22 tahun dari Negeri Sembilan itu mencatatkan catatan peribadi terbaiknya dengan memperbaharui merupakan rekod kebangsaan dengan lemparan sejauh 62.55m di Kejohanan Olahraga Austrian Top Meeting 2017 pada Mei.

Namun kecederaan yang dialami menyebabkan beliau tidak dapat menunjukkan prestasi sebenarnya untuk memecahkan rekod Sukan SEA 59.50m dicipta 18 tahun lepas di Brunei oleh Wong Tuck Yim daripada Singapura.

“Sangat-sangat sakit akibat kecederaan di bawah belakang tubuh and buku lali kiri, tapi Alhamdulillah dapat beraksi kerana mental kuat. Permulaan pertama saya dah rasa kaki saya, saya fokus balik, letak krim di kaki semua, tetapkan balik saya punya rentak, dan Alhamdulillah dapat juga sekurang-kurangnya 58.36m,” katanya kepada pemberita selepas selesai pertandingan berkenaan.

Pada acara yang hanya disertai oleh tiga peserta, pingat perak dimenangi oleh Narong Benjaroon dari Thailand dengan lemparan 50.65m, manakala gangsa turut menjadi milik Malaysia menerusi Abdul Rahman Lee (44.80m).

Muhammad Irfan berkata keadaan cuaca yang panas pada Selasa turut memberi kesan kepada prestasinya, kerana sebelum ini majoriti pertandingan disertainya melibatkan negara-negara di Eropah.

Katanya, temasya sukan kali ketiga yang disertainya ini juga merupakan pemanas badan bagi penyertaannya di Sukan Universiti Dunia 2017 di Taipei, Taiwan. - Bernama


Tags / Kata Kunci: Sukan SEA KL 2017

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan