Acara Memanah Buka Tirai Pada Rabu

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 4:12 PM

Pasukan memanah negara. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tumpuan pastinya terarah kepada acara memanah compound individu yang membuka tirai sukan memanah dengan menawarkan dua pingat emas esok di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bakal beraksi di Bandar Sukan Kuala Lumpur, skuad compound mempertaruhkan Lee Kin Lip dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh masing-masing bagi kategori individu lelaki dan wanita.

Fatin Nurfatehah meraih tiga emas pada edisi ke-28 Sukan SEA Singapura yang menyaksikan skuad memanah Malaysia secara keseluruhan meraih lima kilauan emas – empat dalam acara compound.

Skuad memanah compound diwakili lapan atlet iaitu M. Khambeswaran, Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan, Nor Rizah Ishak, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Cham Nong selain Kin Lip dan Fatin Nurfatehah.Pemanah negara dijangka menerima tentangan hebat daripada pasukan Indonesia dan Myanmar.

Pada KL2017, memanah menawarkan 10 pingat emas iaitu lima dalam acara recurve bagi individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran, manakala lima lagi dalam acara compound bagi individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran. 

Skuad recurve pula terdiri daripada Haziq Kamaruddin, Khairul Annuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli, Muhammad Akmal Nor Hasrin, Loke Shin Hui, Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha Mazlan.

Skuad recurve yang meraih satu emas di Singapura dua tahun lepas, dijangka menerima tentangan hebat daripada Indonesia dan Thailand.Acara memanah pada KL2017 dijadual berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos.

Pada Sukan SEA Singapura, kontinjen negara mendominasi sukan memanah dengan lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa iaitu pencapaian terbaik skuad memanah di temasya dwitahunan itu.

Pada KL2017, atlet memanah menyasarkan meraih empat emas iaitu tiga daripada acara compound dan satu lagi menerusi acara recurve.

Pengurus pasukan Shamsuddin Ibrahim berkata sasaran itu amat realistik berdasarkan prestasi semasa atlet memanah negara namun beliau tidak menolak kemungkinan elemen kejutan yang menjurus kepada penambahan pingat pada aksi di laman sendiri kali ini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: KL2017 , Memanah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan