suria

Polo Air: Filipina Mahu Beri Impak

Aksi pertemuan Filipina menentang Thailand.

KUALA LUMPUR: Latihan selama sebulan setengah dan pendedahan pertandingan di Eropah terbukti berjaya bagi pasukan polo air lelaki Filipina.Sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA, pasukan itu menjalani latihan di Sepanyol dan Portugal.

Sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA Singapura dua tahun lepas, skuad diketuai Tani Gomez Jr  itu berjaya mengalahkan Thailand 9-7 dalam perlawanan pertama mereka pada Selasa di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil di sini.

Kejayaan itu membuka peluang kepada mereka untuk terus memberikan yang terbaik pada edisi tahun ini.

"Ia perlawanan yang amat sukar dan mencabar. Bermain menentang Thailand adalah sukar dan saya berasa amat gembira apabila memenangi perlawanan ini yang merupakan satu petanda baik, ia mata yang amat penting dan saya berharap ini menjadi langkah pertama kami untuk lebih berjaya dalam temasya ini.

"Kami menduduki tempat keempat pada Sukan SEA lepas dan kami mahu memenangi pingat pada tahun ini, kata pembantu jurulatih Egedi Gabor.Pasukan itu akan bertemu pasukan negara tuan rumah Malaysia dalam perlawanan kedua.

"Esok kami akan berikan 200 peratus untuk memenangi perlawanan. Perjalanan masih jauh dan jika kami menang, kami berada di landasan untuk memenangi pingat,” kata jurulatih daripada Hungary itu. - BERNAMA

polo air, Sukan SEA 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain