suria

Tiada Istilah 'Malu' Tewas Penalti Kepada Jerman - Conte

Conte memuji persembahan menakjubkan anak buahnya.

PENGURUS Itali, Antonio Conte menegaskan tiada istilah 'malu' tewas kepada juara Piala Dunia, Jerman menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir Euro 2016, awal pagi Ahad.

Jerman dan Itali terikat seri 1-1 menerusi jaringan Mesut Ozil dan Leonardo Bonucci pada 90 minit perlawanan.

Namun kedua-dua pasukan terus menemui jalan buntu untuk menambah jaringan pada masa tambahan sehingga memaksa perlawanan diheret ke penentuan penalti.

"Pemain melakukan segalanya ketika berdepan sebuah pasukan yang amat kuat.

"Tewas kepada Jerman menerusi penentuan penalti tidak memalukan kerana kami berjaya melangkah sejauh ini.

"Saya amat bangga dengan prestasi pasukan. Kecewa? Hanya kerana penalti tetapi pemain mempamerkan aksi menakjubkan semasa menyarung jersi pasukan," katanya.

Malah Conte menyifatkan kemaraan Itali ke suku akhir menjadikan pasukan itu antara yang dihormati dan digeruni sesiapa sahaja.

"Ini bukan selamat tinggal, ini adalah arrivederci," katanya.




Antonio Conte, Itali, Euro 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Euro 2016

Artikel Lain