Jerman, Poland Sekadar Seri

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 7:15 AM

Aksi pemain Poland, Arkadiusz Milik (kanan) dan pemain Jerman, Mats Hummels semasa perlawanan Euro 2016 peringkat Kumpulan C di Stade de France, awal pagi Jumaat. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

JERMAN dan Poland akan beraksi pada kelompok 16 pasukan terakhir Euro 2016 selepas terikat seri tanpa jaringan pada aksi peringkat Kumpulan C di Stade de France, awal pagi Jumaat.

Keputusan seri itu meletakkan Jerman selaku pendahulu Kumpulan C berdasarkan perbezaan gol dengan kedua-dua pasukan berkongsi empat mata daripada dua perlawanan.

Pemain Poland, Arkadiusz Milik mempunyai peluang terbaik untuk memecah kebuntuan pada awal babak kedua tetapi percubaannya sedikit tersasar.

Bintang Jerman, Jerome Boateng menyifatkan pasukannya gagal mempamerkan aksi sebenar tetapi bersetuju keputusan seri itu adalah adil kerana perlawanan berlangsung sengit.

"Kami boleh gembira kerana keputusan 0-0. Kami tidak mempamerkan aksi berbahaya secukupnya dan perlu memperbaiki rentak permainan atau kami tidak akan pergi lebih jauh.

"Kini kami perlu memastikan kami menang aksi terakhir peringkat kumpulan agar kami mara sebagai juara Kumpulan C," kata Boateng.

Sementara itu, bintang Poland, Robert Lewandowski menarik nafas lega kerana pasukannya berjaya mengikat juara dunia itu.

"Kami amat gembira kerana dapat mengutip satu mata. Kami terlalu menunjukkan rasa hormat kepada Jerman pada babak pertama.

"Ia amat mengecewakan kami gagal menjaringkan sebarang gol tetapi itulah bola sepak dan ia bukan keputusan buruk untuk kami," katanya.

Poland akan menentang Ukraine di Marseille dalam aksi peringkat kumpulan terakhir dengan keputusan seri sudah memadai bagi mereka untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Poland hanya menundukkan Jerman sekali dalam 20 pertemuan tetapi pasukan itu kini mempunyai keyakinan yang tinggi untuk meneruskan kemaraan selepas menewaskan Ireland Utara pada Ahad lalu.

Jerman kembali beraksi di Stade de France buat pertama kalinya selepas insiden serangan kumpulan militan di Paris pada 13 November lalu.

Barisan pemain: 

Jerman: Neuer; Höwedes, Boateng, Hummels, Hector; Kroos, Khedira; Müller, Özil, Draxler, Götze. 

Poland: Fabiański; Piszczek, Glik, Pazdan, Jędrzejczyk; Krychowiak, Maczyński; Błaszczykowski, Grosicki; Milik, Lewandowski.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan