Jurulatih England Kagum Sepakan Rashford - Euro2016 | mStar

Jurulatih England Kagum Sepakan Rashford

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARISAN jurulatih England dilaporkan kagum dengan sepakan percuma yang diambil oleh Marcus Rashford dalam sesi latihan sempena Euro 2016.

Tidak cukup dengan itu, jurulatih berkenaan turut menyamakan Rashford dengan Cristiano Ronaldo ketika berdepan bola mati.

Bagaimanapun mereka berharap Rashford mampu menjadi lebih baik berbanding Ronaldo.

Walaupun tidak diberi peranan utama dalam kesebelasan England namun pemain muda Manchester United itu dijangka lebih menyinar dalam saingan Euro kali ini.

Terdapat penyokong mahu Pengurus England, Roy Hodgson menurunkan Rashford berbanding menggunakan Harry Kane sebagai penyerang utama.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan