suria

Boateng kemalangan selepas melawat anak di hospital

Kereta yang dipandu Boateng terbabas merempuh besi penghadang jalan raya. Foto: Thesun.co.uk

BINTANG Bayern Munich, Jerome Boateng ditimpa kecelakaan selepas kereta Mercedes yang dipandunya merempuh besi penghadang jalan.

Dilaporkan, Boateng ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Leipzig selepas melawat anak lelakinya, Jermar, di hospital.

Dia sedang menuju ke Munich, di mana ketika tiba berhampiran Selbitz di utara Bavaria, keadaan cuaca menyebabkan keretanya hilang kawalan.

Boateng didakwa tidak memandu laju, namun dia menggunakan tayar musim panas dan ketika dia cuba menukar laluan dalam keadaan jalan yang bersalji dan hujan, keretanya terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Walaupun menanggung kerugian £ 22,000 (RM 118,855) akibat kerosakan keretanya, bekas pemain Manchester City berusia 31 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Boateng mendapat kebenaran daripada kelab untuk diberikan pelepasan menjalani sesi latihan untuk melawat anaknya di hospital. - Thesun.co.uk

Boateng, kemalangan, Mercedes, anak, hospital

Artikel Lain