suria

Ronaldo minta Juventus sambar Sancho walau terpaksa berbelanja besar

Jadon Sancho.

CRISTIANO Ronaldo meminta Juventus supaya mendapatkan khidmat pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho pada musim panas akan datang.

Don Balon melaporkan Sancho bakal menjadi pemain buruan kelab terkemuka dunia susulan prestasi menakjubkannya beberapa musim lalu.

Malah Manchester United dan Barcelona turut berlumba-lumba untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun itu.

Namun Ronaldo sering mengikuti perkembangan Sancho dan meminta Juventus untuk menyambar pemain itu walaupun mereka terpaksa membelanjakan sekitar 150 juta euro (RM689 juta).

Barcelona amat berminat terhadap pemain kelahiran England itu tetapi sumber mendakwa kelab gergasi Sepanyol itu tidak boleh memberi jaminan Sancho akan diturunkan dalam skuad utama sepanjang masa.

Ini bermaksud, Juventus mungkin berpeluang besar untuk memikat Sancho jika dia diberi peluang untuk beraksi bersama skuad utama dengan lebih kerap. - Metro.co.uk

Artikel Lain