suria

Coutinho sah pindah ke Bayern Munich

Coutinho bermain bersama Bayern Munich musim ini secara pinjaman.

PHILIPPE Coutinho akan berpindah ke Bayern Munich secara pinjaman musim ini.

Barcelona telah mengesahkan bahawa Couthinho telah berpindah ke Bayern Munich secara pinjaman bernilai 19 juta paun musim ini.

Bintang Brazil itu hanya tiba di Nou Camp Januari 2018 namun menyedari dirinya tidak begitu 'penting' di bawah pengurusan Ernesto Valverde.

Bayern mengikatnya dengan perjanjian sementara untuk kempen ini dan akan membayar gaji 11 juta paun gajinya setahun serta 8 juta paun sebagai yuran.

Bayern juga mempunyai pilihan untuk memilih Coutinho secara kekal.

Dalam kenyataan Barcelona berkata, Bayern hanya perlu membayar 7.75 juta paun untuk membawa pemain itu sepanjang musim.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan penjelasan kewangan perjanjian ini." -Dailymail.co.uk

Artikel Lain