suria

Mahu pindah keluar dari Manchester United, Lukaku berlatih bersama kelab lama

Romelu Lukaku. Foto Reuters

ROMELU Lukaku berlatih dengan skuad Anderlecht bawah 18 tahun pada Isnin untuk terus cergas, sementara menunggu perpindahan keluar dari Manchester United.

Lukaku tidak dapat berlatih bersama Manchester United pada musim panas ini, melepaskan kesemua enam perlawanan pra-musim akibat kecederaan buku lali.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang penyerang skuad kebangsaan Belgium itu untuk menyertai sesi latihan bersama kelab lamanya.

Dia kini dalam teka-teki sama ada berpindah ke Juventus atau Inter Milan.

Difahamkan, Lukaku diberi kebenaran untuk berlatih bersama skuad Anderlecht oleh jurulatih, Mo Ouahbi.

Pemain Manchester United bercuti pada Isnin dan tidak dipastikan sama ada kelab itu mengetahui rancangan pemain berusia 26 tahun itu. - Daily Mail UK

Artikel Lain