suria

Tawar £150 Juta Pun Takkan Jual!

Dele Alli

TOTTENHAM Hotspur telah menyatakan dengan jelas kepada Barcelona dan Manchester City bahawa mereka tidak akan menjual Dele Alli walaupun pada harga £150 juta.

Pengerusi Spurs Daniel Levy menegaskan bahawa Alli yang berusia 21 tahun dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia dan dia tidak akan dijual walau berapa pun harga yang ditawarkan.

Dengan perpindahan Neymar ke PSG pada nilai £198 juta dan Kylian Mbappe dijangka mengekorinya pada harga £160 juta, Levy melihat tidak ada sebab mengapa Alli patutnya berada dalam golongan yang sama.

City dan Barca telah memantau Alli, tetapi Levy telah menjelaskan tentang masa depannya di White Hart Lane.

Levy juga menolak tawaran Chelsea dan Manchester United untuk mendapatkan Danny Rose.

Spurs, yang masih bergelut untuk menandatangani pemain berkata mereka tidak bercadang untuk menjual pemain bintang milik kelab. -TheSun

Dele Alli, Daniel Levy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain