suria

Zylane Raih Pingat Pertama Malaysia Dalam Akuatik

Zylane Lee Yhing Huey meraih pingat perak untuk Malaysia dalam acara rutin bebas solo Sukan SEA Ke-29, Khamis. -fotoTHESTAR

KUALA LUMPUR: Atlet renang berirama Zylane Lee Yhing Huey meraih pingat perak untuk Malaysia dalam acara rutin bebas solo Sukan SEA Ke-29, Khamis.

Zylane, 25, memperoleh sejumlah 74.7000 mata, 0.3000 mata di belakang Debbie Soh Li Fei dari Singapura yang memenangi pingat emas di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil di sini.

Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Singapura  Miya Yong Hsing dengan catatan 73.0333 mata.

Seorang lagi wakil Malaysia Foong Yan Nie menduduki tempat keempat dengan 71.8667 mata.

Ini adalah pingat pertama dimenangi Malaysia dalam akuatik pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Zylane kalah kepada pesaing Singapura itu dengan perbezaan  0.1000 dan 0.2000 mata bagi pelaksanaan dan tahap kesukaran.

-Bernama
Zylane, KL2017

Artikel Sebelum

Warna-Warni KL2017, Khamis

Artikel Berikut

Artikel Lain