suria

Terima Kasih Coach - Syamer

Syamer Kutty Abba.

PETALING JAYA: Pemain tengah Pulau Pinang, Syamer Kutty Abba mengakui seronok dan teruja apabila terpilih dalam senarai 20 pemain negara bawah 22 tahun (B-22) yang akan beraksi pada Sukan SEA bermula Isnin ini.

"Alhamdulillah saya seronok dan gembira sangat sebab sebelum ini saya tak dapat pelepasan daripada kelab. Terima kasih coach kerana beri peluang kedua kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Jelas pemain berusia 20 tahun itu, kepercayaan yang diberikan jurulatih Datuk Ong Kim Swee menaikkan semangatnya untuk menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara bola sepak.

"InsyaAllah saya akan beri komitmen 100 peratus bersama pasukan bagi membalas kepercayaan yang telah diberikan. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk negara," katanya.

Ditanya mengenai persediaannya, Syamer berkata segalanya berjalan dengan lancar dan dia kini bebas daripada sebarang kecederaan.

"Semuanya ok. Kecederaan betis saya juga sudah pulih sepenuhnya. Saya akan gunakan latihan akhir petang ini untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada sebelum bertemu Brunei esok," katanya.

Sebelum ini, Syamer tidak mendapat pelepasan daripada pasukannya untuk mewakili negara pada kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu.

Selain Syamer, lima lagi pemain kontroversi iaitu Matthew Davies, Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran (Pulau Pinang), Haziq Nadzli dan Safawi Rashid (Johor Darul Ta'zim) turut disenarai pendek untuk temasya dwi tahunan itu.

Namun, Kim Swee menggugurkan lapan pemain iaitu Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers FC), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (Sarawak), Ahmad Azriddin Rosli (Felda United) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Skuad muda negara akan memulakan kempen Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam pada Isnin.

Syamer Kutty Abba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain