suria

Nasib Martial Jika Perisic Sertai Manchester United

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs memberi bayangan masa depan Anthony Martial jika Ivan Perisic menyertai kelab itu.

Walaupun pemindahan Perisic kian samar selepas dia menyertai jelajah pramusim ke China bersama Inter Milan, namun itu bukanlah penamat.

Sky Sports News melaporkan, Giggs berpendapat Martial dan dua lagi pemain iaitu, Marcus Rashford serta Henrikh Mkhitaryan akan lebih baik jika Perisic bersama mereka.

"Jika dia (Perisic) datang, pemain seperti Marcus, Mkhitaryan dan Martial akan bergerak selangkah ke hadapan dan menjadi lebih baik di atas padang.

"Perpindahan ini bukan sahaja membuatkan penyokong teruja tetapi pemain juga akan menyambut kedatangan kualiti pergerakan yang lebih baik," katanya.

United kini dilapor masih berusaha mendapatkan pemain berkenaan sebagai pelengkap kepada cabaran mereka yang bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain