suria

Evolusi, Bukan Revolusi - Wenger

ARSENE Wenger mendedahkan keazamannya untuk mengembalikan kegemilangan Arsenal selepas 'dimaafkan' pihak pengurusan apabila ditawarkan kontrak selama dua tahun lagi pada minggu lalu.

Tersingkir daripada Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun, Wenger memilih untuk melakukan evolusi berbanding revolusi dalam skuad The Gunners pada jendela perpindahan kali ini.

Malah jurulatih kelahiran Perancis itu tidak tergesa-gesa melakukan perubahan sepenuhnya walaupun diberikan dana sebanyak 150 juta pound sterling untuk membeli pemain baharu.

Wenger mengumumkan mahu membili maksimum tiga pemain bagi menghadapi musim depan dan cabaran baharu di Liga Europa.

Antara nama yang dikaitkan ke Emirates termasuk Kylian Mbappe dari AS Monaco dan Riyad Mahrez dari Leicester City walapun dua pemain kelab London itu, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil masih belum pasti bersama Arsenal.

Ketika memberitahu portal beIN Sports, Wenger menunjukkan kepercayaan terhadap pasukan yang sedia ada walaupun kebenarannya Arsenal perlu menempuh kempen Liga Europa.

"Maksimum antara dua atau tiga pemain.

"Kita tidak boleh berbelanja banyak seperti kelab lain kerana mreka mempunyai sumber luar yang tidak terhad.

"Kita boleh membelanjakan wang kerana mengendalikan kelab dengan baik. Jangan lupa bahawa jumlah wang yang dibelanjakan tidak menjamin kejayaan," katanya. - Mirror

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hanya Seminggu - Kafa

Artikel Lain