Berbatov Penyelamat United

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson tersenyum riang apabila pasukan kendalian terus mengungguli kedudukan liga apabila menang tipis ke atas Bolton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu di Old Trafford.

Dimitar Berbatov menyelamatkan keadaan pada minit ke-88 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan, lebih-lebih lagi United terdesak mencari gol selepas pemain pertahanan, Johnny Evans diarah keluar padang selepas menerima kad merah gara-gara kekasaran ke atas pemain Bolton, Stuard Holden.

Penyerang kelahiran Bulgaria itu dimasukkan pada babak kedua melakukan jaringan tunggal perlawanan sekali gus menyelamatkan maruah United yang sebelum ini mengalami kekalahan dua kali berturut-turut.

“Itu bukanlah prestasi seratus peratus pasukan tetapi kami tidak pernah berputus asa.

"Ini adalah kelebihan pasukan saya kerana mampu melakukan jaringan pada minit-minit terakhir perlawanan,” katanya selepas perlawanan.

Ferguson yang didenda tidak berada di kawanan perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil sebelum ini berkata, kerja keras dan sifat tidak pernah berputus asa adalah faktor kelab ini mendapat kemenangan.

Kini United selesa menjadi penghulu liga apabila mengumpul 63 mata dan dijangka mengekalkan reputasi ini bagi meraih kejuaraan trofi liga kali ke-19.

Sementara itu, Arsenal yang berada di tangga kedua dengan 58 mata gagal memanfaatkan peluangnya ketika pertemuan menentang West Bromwich Albion apabila sekadar meraih seri 2-2 biarpun ketika itu pasukan kendalian Arsene Wenger ini ketinggalan 0-2.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan