Selangor, Pahang Dan Perak Menang

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor, Pahang dan Perak membawa kelebihan jaringan gol ke perlawanan suku akhir kedua selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pertama malam Rabu.

Namun, Kelantan yang merupakan juara Piala Malaysia musim lepas gagal memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila terpaksa seri 2-2 menentang pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Felda United di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muhammad Zamri pada minit ke-31 tetapi skuad Red Warriors berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi Md Badhri Radzi pada minit ke-45.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu berjaya memperoleh gol kedua apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pada minit ke-70 tetapi pasukan Felda United tidak mahu mengaku kalah menjaring gol penyamaan pada minit ke-90 menerusi penyerangnya, Liew Kit Kong.

Di Shah Alam, juara Liga Super musim lepas, Selangor menumpaskan Johor 3-1 pada aksi di Stadium Shah Alam.

Bermain di tempat sendiri, pasukan The Red Giants terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi lorongan bola Mohd Amri Yahyah kepada Mohd Amirulhadi Zainal yang berjaya memperdayakan tiga pertahanan Johor untuk menjaringkan bola selepas empat minit babak kedua bermula.

Selang enam minit kemudian, Rudie Ramli menambah lagi tekanan pasukan Johor apabila berjaya mencuri peluang dengan menolak masuk bola hasil hantaran Azidan Sarudin untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Amirul Abu Seman.

Perlawanan bertambah rancak apabila pasukan Merah Kuning terus melebarkan jurang setelah kawalan solo Mohd Amri Yahyah berjaya membolosi gawang Johor pada minit ke-71.

Bagaimanapun, Johor yang beraksi dalam Liga Perdana bangkit mencari gol sagu hati menerusi Mohd Alif Mohd Yusof pada minit ke-78 akibat kelekaan pertahanan Selangor. Di Kuantan, pasukan tuan rumah, Pahang menang tipis 2-1 kepada Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur.

Skuad Tok Gajah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama yang dijaringkan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-29.

Namun skuad Kuala Lumpur bangkit menyamakan jaringan menerusi Ahmad Azlan Zainal pada minit ke-55 sebelum memastikan kemenangan dengan menghukum barisan pertahanan Kuala Lumpur menerusi Azamuddin Mohd Akil yang menyumbat gol pada minit ke-64.

Di Ipoh, Perak menang tipis 3-2 kepada Terengganu di Stadium Perak.

Gol tuan rumah dijaringkan oleh Isma Aliff Md Salim pada minit ke-14, Md Fazrul Hazli (minit ke-79) dan Akmal Rizal Rakhli (minit ke-82) sementara gol Terengganu dijaringkan Abd Manaf Mamat (minit ke-40) dan Reeshafiq Alwi (minit ke-90).

Perlawanan timbal balik suku akhir kedua akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu untuk menentukan empat pasukan mara ke separuh akhir Piala FA.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan