Kedah Mungkin Ganti Ahmad Yusof Sebagai Jurulatih

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kemungkinan menggantikan Ahmad Yusof sebagai jurulatih berikutan desakan penyokong dan peminat selepas pasukan Hijau Kuning itu tersingkir daripada saingan awal Piala FA, Jumaat lalu.

Setiausaha KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, hari ini berkata tugas Ahmad mungkin diambil alih oleh penolongnya Radhi Mat Din sebagai pemangku jurulatih buat sementara waktu.

"Radhi boleh pangku jawatan jurulatih sebab beliau hanya mempunyai lesen jurulatih kelas B sementara KFA mencari jurulatih baru yang berkeupayaan untuk membimbing pasukan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya KFA telah menggariskan beberapa perkara dan bakal melakukan rombakan kecil dalam pengurusan pasukan itu dalam masa terdekat ini.

"Kita belum memutuskan lagi kedudukan Ahmad kerana tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan berlandaskan desakan peminat sahaja, banyak aspek perlu kita beri perhatian kerana tidak mahu menganiaya mana-mana pihak," katanya.

Hamdan, yang juga Exco Belia dan Sukan negeri, berkata keputusan berhubung rombakan itu akan diumumkan selepas mesyuarat KFA dalam masa terdekat ini dengan mengambil kira beberapa cadangan bernas yang diutarakan peminat melalui khidmat pesanan ringks (SMS), laman web, blog dan laman sosial 'Facebook'.

Katanya beliau memahami perasaan peminat yang kecewa dan marah apabila pasukan kesayangan mereka tersingkir awal dari saingan Piala FA.

Hamdan berkata maklum balas daripada pemain baru-baru ini menunjukan kesebelasan utama pasukan itu tidak serasi dan tidak berfungsi dengan baik terutama dalam misi menjaringkan gol.

Selain itu, katanya, pemain juga rasa tertekan ketika beraksi di gelanggang sendiri walaupun hubungan antara jurulatih dan pemain adalah baik.

Kedah gagal ke suku akhir Piala FA musim ini selepas tewas 0-1 kepada Felda United pada perlawanan pusingan kedua Jumaat lalu.

Dalam saingan Liga Super, Kedah hanya menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan dengan hanya memperoleh satu kemenangan selepas enam perlawanan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan