suria

United Perlu Bangkit: Fergie

PASUKAN Manchester United bertekad untuk bangkit pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Anfield Ahad ini.

“Dengan kelab ini kamu perlu bekerja keras kerana keputusan menang akan mengubatkan kekecewaan selepas dikalahkan Chelsea,” kata Ferguson.

Ferguson turut mengesahkan pemain pertahanannya, Rio Ferdinand terpaksa diketepikan pada perlawanan menentang The Reds kerana kecederaan, manakala Nemanja Vidic turut tidak disenaraikan kerana digantung perlawanan selepas meraih dua kad kuning sekaligus dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge semalam.

“Rio tidak cergas dan tempatnya akan digantikan Wes Brown,” jelas Ferguson

Selain itu, pemain tengah United berkata, pasukannya telah membuktikan yang terbaik sebelum ini dan berharap rakan sepasukannya kekal dengan prestasi itu.

“Untuk saat ini kami sedikit kecewa, tetapi yakin kami akan bangkit secepat mungkin. Ia sangat penting.

"Kami akan melakukan yang terbaik seperti mana yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini. Jelasnya perlawanan Ahad ini adalah sangat bermakna dan kami telah bersedia,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain