FAM Lantik Stuart Sebagai CEO Liga Super Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Liga Super Malaysia (MSL), cabang komersial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah melantik Konsultan (FIFA) Profesionalisasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

Timbalan presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata Stuart akan bertanggungjawab dengan usaha penyusunan semula dan komersialisasi produk bola sepak Persatuan Anggota (MA).

"Stuart, yang bermula dengan jawatannya sebagai CEO November lepas, siap sedia menerajui inisiatif baru yang termasuk membangun dan menyusun semula Liga Profesional dan Kelab serta melancar dan meneruskan inisiatif bola sepak peringkat akar umbi FIFA MA," kata Annuar selepas melancarkan logo baru MSL 2011 di Wisma FAM di sini, Rabu.

Stuart telah bertugas dengan FIFA sejak 2008 dan merupakan pengasas Intergrated Marketing and Communications Agency, Kumpulan Brainchild.

Sementara itu, logo baru MSL diperkenalkan kepada semua wakil pasukan yang menyertai Liga 2011 dan media.

Semasa pelancaran, pasukan-pasukan itu diberi taklimat mengenai hak iklan dan aktiviti rakan media MSL, ASTRO, yang telah mengikrarkan RM120 juta kepada FAM dalam tempoh empat tahun akan datang.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan