Permainan Chong Wei Terlalu Pantas: Taufik

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama Indonesia, Taufik Hidayat mengakui kehebatan Datuk Lee Chong Wei yang bermain dengan pantas dan agresif dalam usaha mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Malaysia 2011 buat kali ketujuh pada Ahad.

Pada perlawanan selama 37 minit itu, Chong Wei berjaya mematikan langkah Taufik untuk mencatatkan kemenangan 21-8, 21-17.

"Saya akui dia bermain dengan pantas dan sukar digugat pada pertemuan kali ini. Namun saya mahu dia mengekalkan cara permainan sebegini pada kejohanan besar seperti Kejuaraan Dunia dan Sukan Olimpik kerana dia belum pernah menang," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Pada pandangan Taufik, pemain No.1 dunia itu gagal menyerlah di kejohanan besar mungkin disebabkan aspek mental yang lemah meskipun memiliki teknik permainan yang bagus.

Menurut Taufik, cara permainan Chong Wei di final sedikit sebanyak mengingatkan beliau dengan kehebatannya ketika muda dulu.

Mengulas mengenai perlawanan di set kedua, beliau merasakan Chong Wei sengaja memberi peluang kepadanya untuk mengutip sembilan mata, menjadikan kedudukan 18-17.

"Saya tahu peluang ada tetapi kedudukan mata terlalu jauh. Namun Chong Wei yakin dia pasti menang. Tahniah buat beliau," ujarnya.

Selepas kejohanan Terbuka Malaysia, Taufik akan melakukan penampilan pertama di Siri Super Terbuka Korea yang akan bermula Rabu ini.

"Saya cuba untuk hadir. Sebelum ini, keadaan cuaca sejuk memaksa saya untuk tidak menyertai kejohanan itu," jelas pemain berusia 30 tahun itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan