Wang Xin Sekat Langkah Mew Choo

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapan untuk menyaksikan ratu badminton negara, Wong Mew Choo mengiringi Datuk Lee Chong Wei dan Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How ke pusingan suku akhir ternyata hampa apabila dia tewas kepada pemain pilihan pertama, Wang Xin 21-16, 17-21, 21-9.

Walaupun menemui semula rentak permainan pada set kedua, Mew Choo mengakui sudah melakukan yang terbaik di set penentuan tetapi semua perancangannya tidak menjadi.

"Saya puas hati dengan corak permainan di set kedua. Fokus saya sedikit terjejas dan banyak pukulan saya tidak menjadi pada set ketiga. Apabila Wang Xin melakukan serangan, sukar bagi saya untuk membalas kembali pukulannya.

"Setiap pukulan yang dirancang tidak menjadi dan tiada kualiti. Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak membiarkan lawan mendahului terlalu jauh," jelas Mew Choo yang pertama kali bermain sehingga rubber set dengan pemain China itu.

Kekalahan itu memberi pengajaran kepada Mew Choo untuk memperbaiki kelemahannya bagi menghadapi lawan sama pada masa akan datang.

"Meskipun tewas, perlawanan tadi amat sengit. Ia permulaan yang baik untuk tahun ini dan membuktikan jurang tahap pemain negara masih tidak terlalu jauh dengan pihak lawan," katanya.

Menyentuh mengenai kehadiran ramai pemain baru, Mew Choo memberitahu bukan China saja yang kuat tetapi kini Thailand dan Korea turut menjadikan saingan lebih kompetitif.

"China memang lawan kuat tetapi kita masih mampu menewaskan mereka. Tiada apa yang mustahil," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan