Piala AFF Suzuki: Ganjaran Negeri Untuk Pemain Selangor

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memutuskan dalam sebulan lagi bentuk ganjaran kepada pemain-pemain Selangor yang memainkan peranan dalam Skuad Kebangsaan merangkul kejuaran Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta baru-baru ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata, "Kita perlu melihat apa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri lain kepada pemain-pemain mereka, kalau kita nak beri mesti ada nilai tambah," katanya.

Abdul Khalid berkata kalau boleh ganjaran yang bakal diberikan itu membolehkan pemain membuat persediaan bagi meneruskan kehidupan mereka selepas menggantung kasut bola mereka.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Pasukan Bolasepak Liga Super dan Piala Presiden Selangor dan Pelancaran Jersi untuk Musim Baru di sini, Selasa. Pemain Selangor yang mewakili negara pada Piala Suzuki ialah Mohd Amri Yahyah, Mohd Razman Roslan, Mohd Nasriq Baharom, Mohd Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Safee.

Pada majlis itu, wartawan diperkenalkan jersi baru Selangor berwarna merah bila beraksi di gelanggang sendiri dan kuning di gelanggang lawan, ditaja oleh Novature Sdn Bhd.

Penaja utama bagi pasukan merah kuning pada tahun ini ialah Menteri Besar Inc dengan tajaan berjumlah RM4 juta setahun.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan