Proton Terus Muncul Kenderaan Rasmi LTdL 2011

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 sekali lagi menerima sokongan penuh daripada Proton Holdings Berhad selepas pihak penganjur menerima sebanyak 160 buah kenderaan rasmi sepanjang sepuluh hari perlumbaan bermula 23 Januari hingga 1 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim berkata, kerjasama Proton bersama LTdL telah berlangsung sejak ia dimulakan pada tahun 1996.

“Pihak Proton Holdings turut amat berbangga kerana dapat meneruskan penajaan pada perlumbaan edisi ke-16 tahun ini, lebih-lebih lagi ia merupakan acara besar yang pertama dalam kalendar sukan negara.

“Dengan itu, pada tahun ini pihak kami bersetuju untuk menyerahkan sebayak 160 buah kenderaan rasmi bagi kegunaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang sepuluh hari perlumbaan ini berlangsung. Selain itu, kami juga akan turut menyediakan cenderahati istimewa daripada Proton, menyediakan pasukan Calvalcade serta pasukan teknikal yang akan membantu mana-mana kenderaan yang mengalami kecemasan kelak.

“Kenderaan ini bakal digunakan oleh semua pegawai perlumbaan, pengurus pasukan, media serta pihak penganjur,” katanya kepada media, Khamis.

Mohamad Shukor berkata, komitmen berterusan LTdL dengan kereta nasional ini membuktikan sokongan tidak berbelah bagi pihaknya terhadap aktiviti sukan negara.

Sementara itu, CEO LTdL 2011, Mohamad Salleh yang turut hadir pada majlis ini turut mengumumkan Jersi Biru Proton sebagai jersi rasmi bagi kategoti Pecut.

“Tahun ini kali kedua saya memegang jawatan CEO LTdL, namun sebenarnya kerjasama antara kami telah lama berlaku. Saya gembira kerana tahun ini Proton Holdings sekali lagi menjadi kenderaan penting bagi kegunaan pelbagai pihak sepanjang perlumbaan ini berlangsung.

“Saya harap hubungan baik ini akan terus berkekalan selepas ini,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan