Mohd Safee Sali Diburu Empat Kelab Bola Sepak Luar Negara

Diterbitkan: Ahad, 2 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil, Sabtu.

"Setakat ini, empat kelab bola sepak telah menawarkan diri membeli kontrak Safee Sali dengan Selangor," katanya kepada pemberita tanpa menamakan kelab berkenaan.

Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata pegawai kelab bola sepak Vietnam itu telah menemuinya berhubung "pembelian" Mohd Safee, manakala wakil tiga kelab terkemuka Indonesia pula menelefon beliau mengenai perkara yang sama.

Beliau berkata perbincangan mengenai tawaran itu telah dilakukan dengan Mohd Safee di pejabat FAS semalam, sebelum pasukan Selangor berangkat ke Australia pagi tadi untuk beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan bersama kelab di negara tersebut pada 3, 5 serta 7 Januari ini, dan dijadualkan pulang dua hari kemudian.

"Ketika perbincangan semalam, dia seolah-olah macam tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Saya akan ke Australia petang ini, dan akan berbincang dengan beliau di sana agar dia mampu berfikir secara terbuka, kerana saya telah memberitahu risiko dan kekangan yang bakal ditempuhi nanti," katanya.

Hamidin berkata keputusan sama ada Mohd Safee beraksi di luar negara atau tidak, akan ditentukan oleh Ahli Tertinggi Jawatankuasa FAS.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Selangor. Kita akan ikut prosedur yang betul sebelum melepaskan beliau pergi," katanya.

Pada pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, Mohd Safee muncul sebagai penjaring terbanyak, yang melayakkan beliau memperoleh kasut emas di edisi tersebut.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan