Diskaun 50% Jika Beli Tiket F1 Sebelum Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepang International Circuit (SIC) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi tiket perlumbaan Formula 1 (F1) Malaysia 2011 jika pembelian dibuat sebelum akhir tahun ini - menjadikan harganya serendah RM30.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, tawaran itu adalah bagi tempoh yang terhad dan peminat perlu bertindak segera untuk mendapatkan tiket berkenaan.

"Ini merupakan tawaran istimewa kami sempena meraikan edisi ke-13 perlumbaan F1 di Sepang, dan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bagi semua tempat duduk, sama ada di kawasan terbuka Hillstand atau tempat duduk mewah seperti Ruby di Grandstand Utama.

"Ia sememangnya satu tawaran yang tidak mampu ditolak oleh peminat sukan ini, dan berbanding venue F1 lain, Sepang kini menawarkan harga tiket paling rendah," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, SIC juga berharap dapat menarik sekurang-kurangnya 100,000 peminat untuk menyaksikan perlumbaan kali ini.

Sepang menjadi tuan rumah bagi pusingan ketiga daripada 20 pusingan Kejohanan F1 Dunia 2011 mulai 8 hingga 10 April tahun depan.

Musim baru F1 akan bermula dengan perlumbaan Grand Prix Bahrain pada 13 Mac dan pusingan kedua berlangsung di Melbourne, Australia, dua minggu selepas itu.

Dengan pemberian diskaun 50 peratus itu, tiket Hillstand di K2, C1 dan C3 kini berharga RM30 berbanding RM60 sebelum ini. Tempat duduk di Grandstand F berharga RM200 manakala tiket untuk K2 di Grandstand pula RM300, manakala di Grandstand Utama pula, harga tiket untuk Citrine ialah RM250 dan Ruby RM600.

Tiket bagi Diamond pula telah habis dijual manakala tempat duduk Emerald dan Sapphire kekal RM1,600.

Semua tiket boleh dibeli menerusi Internet dengan melayari laman web www.sepangcircuit.com atau dengan menghubungi Hotline Tiket di talian 03-87782222.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan