suria

Chelsea Hilang Bisa Alex, Terry

KRISIS pertahanan Chelsea terus meruncing apabila Alex diketepikan selama lapan minggu akibat kecederaan lutut.

Alex digugurkan daripada skuad Brazil yang akan bertemu Argentina minggu ini. Beliau dinasihatkan supaya menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat.

"Selepas pemeriksaan pasukan perubatan Chelsea, doktor skuad Brazil bersetuju supaya pembedahan segera dilakukan terhadap lutut kanannya. Dia akan diketepikan selama lapan minggu," menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web Chelsea.

Alex turut terlepas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL) terdahulu ketika pasukannya menentang Fulham dan Sunderland kerana kecederaan serupa.

Sementara itu, pemain pertahanan England, John Terry yang tidak beraksi ketika tewas 0-3 kepada Sunderland, Ahad lalu berkemungkinan besar menerima nasib sama seperti Alex akibat kecederaan kaki.

Begitupun, Terry hanya akan berehat selama sebulan.

"Saya masih boleh bertahan sehingga dua minggu lalu tetapi pada satu masa, saya tidak dapat menanggung kesakitan ini.

"Kesakitan itu mula hilang apabila saya ghairah untuk beraksi. Selepas tamat perlawanan saya tidak dapat tidur. Kini, saya memerlukan rehat dan bertemu doktor pakar untuk memulihkan kecederaan ini," kata Terry.

Artikel Lain