suria

Essien Penyelamat The Blues

Aksi Essien selepas menjaringkan gol tuggal perlawanan menentang Fulham, khamis.
Aksi Essien selepas menjaringkan gol tuggal perlawanan menentang Fulham, khamis.
Aksi Essien selepas menjaringkan gol tuggal perlawanan menentang Fulham, khamis.

PEMAIN tengah Chelsea, Michael Essien berjaya menjaringkan gol tunggal pasukannya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Fulham di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Essien muncul menyelamatkan keadaan ketika The Blues terdesak mencari jaringan sekali gus kemenangan 1-0 ini dapat menjarakkan kedudukan (28 mata) dengan pencabar terdekat, Manchester United (24 mata) yang hanya seri 0-0 ketika menentang Manchester City pada masa yang sama.

Kegembiraan sebelum Essien tidak berpanjangan apabila pada masa tambahan permainan, dia diarah keluar padang selepas menerima kad merah gara-gara melakukan terjahan kasar kepada pemain tengah Fulham, Clint Dempsey.

Pada perlawanan awal pagi tadi, pasukan tuan rumah gagal memecahkan benteng pertahanan walaupun berjaya menyumbat gol pertama pasukan pada minit ke-30.

Penyerang The Blues, Didier Drogba turut bekerja keras mencari gol walaupun disahkan mengalami demam malaria, namun tiada ruang untuknya bergerak kerana dikawal ketat oleh memandangkan anak buah Mark Hughes ini.

Sementara itu, Fulham cuba bangkit pada separuh masa kedua namun gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik. Kekalahan ini sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-15 kedudukan liga dengan 13 mata.

Senarai pemain-pemain Chelsea: Cech, Bosingwa, Ivanovic, Terry, Cole, Essien, Mikel, Zhirkov, Kalou, Drogba, Malouda. (Pemain simpanan): Turnbull, Ramires, Ferreira, Sturridge, Bruma, Kakuta, McEachran

Senarai pemain-pemain Fulham: Schwarzer, Kelly, Hangeland, Hughes, Briggs, Davies, Murphy, Etuhu, Duff, Dempsey, Dembele. (Pemain simpanan) : Stockdale, Pantsil, Andrew Johnson, Gera, Eddie Johnson, Dikgacoi, Greening.

Artikel Sebelum

Wilkins Tinggalkan Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain