Zolkples Optimis Dengan Kontinjen Negara

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zolkples Embong (kanan) menyerahkan jalur gemilang kepada atlet regu badminton negara, Koon Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong pada majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia ke-16 Guangzhou.
Zolkples Embong (kanan) menyerahkan jalur gemilang kepada atlet regu badminton negara, Koon Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong pada majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia ke-16 Guangzhou.

TINGGAL empat hari sahaja lagi Sukan Asia ke-16 bakal menjelma secara rasminya pada 12 November ini di Guangzhou, China dan pastinya skuad negara sudah bersedia memberi aksi terbaik demi mencapai sembilan pingat emas yang disasarkan kali ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) merangkap Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Zolkples Embong yakin dan optimistik sasaran emas yang disandarkan kepada acara-acara tertentu akan menjadi realiti.

Di sebalik keghairahan kontinjen negara mencari emas, Zolkples yang diberi tanggung jawab menjaga kontinjen negara di Guangzhou ini mempunyai tugas-tugas tersendiri dalam melaksanakan misi besar ini.

“Sebenarnya setiap pasukan sudah mempunyai pengurus masing-masing dan tugas saya bukanlah sekadar mengurus mereka sahaja, malah pelbagai aspek lain yang perlu diberi perhatian terutama sekali disiplin.

“Saya seorang yang mementing disiplin diri dan ini yang saya akan tekankan kepada semua, bukan sahaja kepada atlet malah kepada semua pegawai yang terlibat.

“Sebelum ini saya hadir sebagai ketua pengarah dan kali ini saya bawa bersama dua tugas ke China dan ia bukanlah satu bebanan kepada saya kerana keduanya adalah berkaitan antara satu lain.

“Saya berharap semua atlet dan pegawai mampu mengikuti garis panduan yang ditetapkan,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai sasaran emas kontinjen negara kali ini, Zolkples berkata sasaran ini dibuat mengikut prestasi semasa semua negara. Ini kerana hanya satu emas sahaja ditambah menjadi sembilan selepas Sukan Asia di Doha 2006 dengan kontinjen negara meraih lapan emas.

“Dulu kita berada di tangga ke-11 dengan lapan emas. Tak semestinya setiap tahun sasaran pingat emas perlu ditambah sewenang-wenangnya. Sebenarnya sasaran dibuat setelah pelbagai faktor diambil kira bukan sahaja berdasarkan prestasi semasa atlet, malah kekuatan lawan atau pasukan yang akan bertanding juga diberi perhatian.

“Untuk menang pingat emas pada Sukan Asia bukanlah mudah kerana rata-rata atlet yang bertanding adalah peringkat dunia. Kita juga ada beberapa orang atlet yang bertaraf dunia, dan merekalah yang menjadi sasaran untuk meraih emas.

“Antara acara yang menjadi prospek utama untuk meraih emas ialah acara tenpin boling, skuasy dan badminton. Pun begitu kita tetap mengharapkan acara-acara lain seperti lumba basikal, wushu, akuatik, serta gimrama turut meraih emas kerana berdasarkan pada Sukan komanwel baru-baru ini mereka telah menunjukkan prestasi cemerlang mereka,” katanya.

Zolkples berkata, semua atlet yang berangkat ke China telah menjalani persiapan rapi bagi menhadapi temasya empat tahun sekali ini.

“Mereka telah melakukan persiapan berterusan termasuk persiapan mental, fizikal kami turut mengadakan kem latihan fasa akhir pada 1 hingga 4 November lalu bagi memberi peluang kepada semua atlet berkumpul bersama sebelum berangkat ke Guangzhou,” katanya mengakhiri perbualan.

Kontinjen Malaysia menghantar jumlah terbesar melibatkan 337 atlet dan 126 pegawai dengan menyertai 28 daripada 42 acara sukan yang dipertandingkan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan